Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang

Hamdan, Abdul Rahim and Ab Latif, Sarah Liyana (2010) Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
107kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. Seramai 129 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar perempuan telah dipilih untuk menjadi responden. Dalam kajian ini, kesediaan pelajar dikaji dalam tiga aspek iaitu minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaannya adalah ? = 0.906. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Pada keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang adalah pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Walaubagaimanapun tidak terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru, pihak sekolah dan ibu bapa bagi meningkatkan kesediaan di kalangan pelajar. Di samping itu, cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian ini dengan lebih mendalam juga diberikan. Katakunci : kesediaan pelajar, pengajian kejuruteraan awam

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesediaan pelajar, pengajian kejuruteraan awam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11667
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 03:28
Last Modified:27 Dec 2010 03:28

Repository Staff Only: item control page