Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Terhadap Pengetahuan Mencari Dan Menilai Maklumat Menerusi Internet Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Di Sibu, Sarawak

Tasir, Zaidatun and See, Ching Ing (2010) Kajian Terhadap Pengetahuan Mencari Dan Menilai Maklumat Menerusi Internet Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Di Sibu, Sarawak. Kajian Terhadap Pengetahuan Mencari Dan Menilai Maklumat Menerusi Internet Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Di Sibu, Sarawak . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
76kB

Abstract

Pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi Internet adalah penting dan perlu dimulakan pada tahap asas. Oleh itu, guru-guru perlu menguasai pengetahuan tersebut. Dalam kajian ini tahap pengetahuan terhadap mencari maklumat dari Internet dibahagi kepada pengetahuan mencari maklumat daripada Internet dan pengetahuan mengakseskan laman web. Terdapat lima pengetahuan menilai maklumat yang dikaji iaitu ketepatan, kewibawaan, objektif, kekinian dan liputan (Mat Jizat Abdol et al., 2005). Kajian ini juga mencari faktor-faktor yang mempengaruhi guru tidak menggunakan Internet. Seramai 165 guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dari lima buah sekolah di Bandar Sibu telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan secara soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan ?=0.78. Dalam kajian ini, bahagian B soal selidik adalah menggunakan soalan berskala betul, salah dan tidak pasti manakala bahagian C dan D pula berskala likert-5 mata. Semua data diproses dengan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian mendapati tahap pengetahuan terhadap mencari maklumat adalah pada tahap sederhana dengan peratusan betul sebanyak 50%. Manakala tahap pengetahuan terhadap menilai maklumat pula adalah agak tinggi (min=4.08). Min bagi ciri-ciri kekinian, liputan, ketepatan, objektif dan kewibawaan ialah 4.28, 4.25, 4.08, 3.96 dan 3.79. Dapatan kajian didapati masalah dihadapi adalah pada tahap sederhana (min=3.16). Min bagi sikap, kekurangan pengetahuan, kekurangan perkakasan, pihak pentadbiran dan kekangan masa masing-masing ialah 3.77, 3.38, 3.04, 3.00 dan 2.62. Katakunci : pengetahuan mencari, menilai maklumat, guru sekolah

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengetahuan mencari, menilai maklumat, guru sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11666
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Dec 2010 03:18
Last Modified:27 Dec 2010 03:18

Repository Staff Only: item control page