Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penggunaan Forum E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Mohamad Said, Mohd. Nihra Haruzuan and Mahadi, Anili Fasha (2010) Tahap Penggunaan Forum E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Penggunaan Forum E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
340kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/268422569...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM serta masalah yang dihadapi pelajar semasa menggunakan forum e-pembelajaran. Seramai 69 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada set soal selidik yang mengandungi 37 item. Item terdiri daripada 30 soalan yang menggunakan Skala Likert dan 4 soalan terbuka. Statistik deskriptif digunakan di mana data dianalisis bagi mencari frekuensi, peratusan dan min. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science v15.0 for Windows). Purata taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Nilai alpha adalah 0.991. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana di mana min keseluruhan adalah 3.51.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:forum e-pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11664
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Dec 2010 06:08
Last Modified:19 Feb 2017 08:10

Repository Staff Only: item control page