Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Lima Di Tiga Buah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kuala Terengganu

Mohd. Tahir, Lokman and Tn. Dagang, Tn. Hayati @ Tn. Norhayati (2010) Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Lima Di Tiga Buah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kuala Terengganu. Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Lima Di Tiga Buah Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kuala Terengganu . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
111kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk meninjau pelaksanaan Kemahiran Hidup di kalangan murid tahun lima. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 223 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan bengkel, penggunaan peralatan dan bahan, kemahiran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta faktor persekitaran yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = .90. Kaedah soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumbalas dari responden. Data-data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science Version 11.5) untuk mendapatkan stastistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min. Keseluruhan hasil kajian ini dapat menggambarkan bahawa pelaksanaan sukatan Kemahiran Hidup tahun lima di tiga buah sekolah di daerah Kuala Terengganu berada pada tahap memuaskan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah kelemahan dalam penyediaan kemudahan di bengkel supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pelaksanaan, Kemahiran Hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11661
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Dec 2010 05:53
Last Modified:02 Mar 2017 03:03

Repository Staff Only: item control page