Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar Tahun Akhir Terhadap Bidang Keusahawanan Di UTM

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Abu Bakar, Norfazila (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar Tahun Akhir Terhadap Bidang Keusahawanan Di UTM. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
135kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir aliran Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia terhadap bidang keusahawanan. Responden kajian ini terdiri daripada 140 orang pelajar Tahun Akhir aliran Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang dibina bagi menjawab lima persoalan kajian untuk menentukan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. Data dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0 untuk mendapatkan min, kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan faktor yang paling tinggi mempengaruhi minat pelajar ialah faktor mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan dan faktor pensyarah dengan nilai min 3.7. manakala faktor rakan sebaya dan faktor keluarga merupakan faktor yang berada pada tahap yang sederhana dalam mempengaruhi minat pelajar tahun terhadap bidang keusahawanan. Bagi pengkaji akan datang dicadangkan bagi faktor persekitaran yang sedia ada dengan menambahkan lagi peluang-peluang dan pelbagaikan untuk menimbulkan minat pelajar yang lebih terhadap bidang keusahawanan. Katakunci: bidang keusahawanan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bidang keusahawanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11659
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Dec 2010 03:41
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page