Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Latihan Dan Pertandingan Untuk Atlit Wanita Dalam Acara Lawn Bowl

Zainuddin, Zainal Abidin and Ab Lattip, Nik Rozita (2010) Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Latihan Dan Pertandingan Untuk Atlit Wanita Dalam Acara Lawn Bowl. Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Latihan Dan Pertandingan Untuk Atlit Wanita Dalam Acara Lawn Bowl . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
30Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat perbandingan corak kadar denyutan jantung semasa latihan dan pertandingan untuk atlet wanita dalam permainan lawn bowl SUKMA Johor. Seramai lima orang subjek terlibat di dalam kajian ini dengan purata dan sisihan piawai umur, berat, tinggi dan kadar nadi rehat subjek masing-masing adalah (19±1.225, 56 ±7.416, 158.4 ± 1.673 dan 81.6 ± 22.865). Pengujian dijalankan mengunakan Polar Heart Rate Monitor (Finland model S720i), dan Elastic Transmitter Strap yang di pakai pada bahagian dada (sternum), manakala Polar Wrist Receiver di pakai pada bahagian tangan atlit tersebut. Subjek diuji dalam sesi latihan dan pertandingan selama satu jam melalui kemahiran taktikal dalam lakuan short, medium dan long deliver. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian excel 2007 dan perisisn statistical package for social science 11.5 (SPSS11.5). Hasil ujian-t tidak bersandar yang dijalankan mendapati bahawa perbandingan corak denyutan jantung bagi fasa latihan adalah berbeza secara signifikan dengan corak denyutan jantung bagi fasa pertandingan p=0.025 adalah lebih kecil daripada nilai aras keertian yang ditetapkan iaitu p< 0.05, dengan ini hipotesis nul kajian yang pertama ditolak. Keputusan juga mendapati bahawa corak kadar denyutan jantung ketika melakukan lakuan short, medium dan long deliver, semasa latihan dan pertandingan adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan p=0.466 adalah lebih besar daripada nilai aras keertian yang ditetapkan iaitu p> 0.05. dengan ini hipotesis alternatif kajian yang kedua di tolak. Ini menunjukkan peningkatan kadar denyutan jantung semasa pertandingan untuk ketiga-tiga lakuan tersebut tetapi tidak signifikan pada aras (p<0.05). katakunci: corak kadar denyutan jantung, atlet wanita, permainan lawn bowl

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:corak kadar denyutan jantung, atlet wanita, permainan lawn bowl
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11658
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Dec 2010 03:38
Last Modified:25 Dec 2010 03:38

Repository Staff Only: item control page