Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Latihan Mengajar Selepas Menjalani Latihan Mengajar

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and A. Rahim, Sabariah (2010) Persepsi Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Latihan Mengajar Selepas Menjalani Latihan Mengajar. Persepsi Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Latihan Mengajar Selepas Menjalani Latihan Mengajar . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
41kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru pelatih Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang telah menjalani latihan mengajar terhadap aspek penulisan objektif pengajaran, perancangan mengajar, penyampaian pengajaran serta keperibadian dan ikhtisas sebagai seorang guru. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik. Untuk mengesahkan hasil dapatan kajian penyelidik telah menggunakan instrumen temubual. Hasil dapatan kajian daripada soal selidik telah dinilai secara kualitatif. Responden terdiri 98 orang daripada pelajar tahun tiga dan tahun empat Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, iaitu yang telah menjalani latihan mengajar. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS 15) untuk mendapatkan nilai min. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia memberikan persepsi positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia boleh menulis objektif pengajaran dengan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia juga membuat perancangan pengajaran dengan baik. Dari segi penyampaian pengajaran guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia dapat menyampaikannya dengan berkesan. Di samping itu, hasil dapatan kajian juga menyatakan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia mempunyai persepsi yang baik dari aspek keperibadian dan ikhtisas sebagai seorang guru. Katakunci : persepsi guru, latihan mengajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11653
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Dec 2010 18:12
Last Modified:24 Dec 2010 18:12

Repository Staff Only: item control page