Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan koswer PPSMI dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru-guru matematik di empat buah sekolah kebangsaan di Seremban

Idris, Abdul Razak and Ali, Saidanorlaili (2010) Penggunaan koswer PPSMI dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru-guru matematik di empat buah sekolah kebangsaan di Seremban. Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
113kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan koswer Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong guru-guru matematik menggunakan koswer serta masalahmasalah yang dihadapi apabila menggunakan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik. Kajian ini berbentuk deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa kajian ini dijalankan ialah soal selidik yang menggunakan skala Likert Lima Mata. Nilai pekali kebolehpercayaan instrumen adalah ? = 0.7661. 40 responden dipilih secara rawak dari kalangan guru-guru matematik yang melaksanakan PPSMI dari empat buah sekolah kebangsaan di sekitar Seremban. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for Window Version 10.0 (SPSS 10.0) yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan koswer di kalangan guru matematik adalah di tahap sederhana. Daripada kajian ini juga menunjukkan guru-guru matematik menghadapi beberapa masalah semasa menggunakan koswer PPSMI dalam P&P matematik. Walaubagaimanapun mereka tetap menggunakan koswer tersebut kerana terdapat beberapa faktor yang menggalakkan penggunaannya. Katakunci : Koswer PPSMI, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Koswer PPSMI, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11651
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Mar 2011 23:16
Last Modified:05 Mar 2011 23:16

Repository Staff Only: item control page