Sulaiman, Hanim and Muhammad, Rosman (2010) Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua (Elektif Pilihan Teknikal) Lukisan Teknik Bertajuk Hamparan. Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua (Elektif Pilihan Teknikal) Lukisan Teknik Bertajuk Hamparan . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
174kB |
Abstract
Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer merupakan alat Bantu mengajar yang amat berkesan. Namun begitu perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya bagi tajuk elektif lukisan teknik hamparan amat kurang pada masa kini. Pembelajaran menggunakan PPBK adalah bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran dan mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Elektif Pilihan Teknikal bertajuk Lukisan Teknik Hamparan berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme. Perisian ini dibangunkan menggunakan pelbagai perisian Autoware 7.0, dibantu dengan pelbagai perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8.0, Autocad 2005, Sound Forge 7, Swishmax 2007 dan Adobe Photoshop CS . Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan dua dan buku teks KBSM. Kandungan pelajaran yang dipilih ialah konsep lukisan teknik hamparan, jenis, kaedah lukisan selari dan jejari. Perisian ini juga menerapkan konsep pembelajaran kendiri untuk memberi peluang kepada pelajar persekitaran yang menyeronokkan. Katakunci : pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PPBK), lukisan teknik, hamparan
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PPBK), lukisan teknik, hamparan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11650 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 24 Dec 2010 17:29 |
Last Modified: | 24 Dec 2010 17:29 |
Repository Staff Only: item control page