Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus :Movement Of Substances Across The Plasma Membrane, Cell Division And Nutrition

Ismail, Zaleha and Mat Rashid, Rosnita (2010) Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus :Movement Of Substances Across The Plasma Membrane, Cell Division And Nutrition. Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus :Movement Of Substances Across The Plasma Membrane, Cell Division And Nutrition . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
254kB

Abstract

Teknologi terkini e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan di semua peringkat dari sekolah rendah hinggalah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk mewujudkan komuniti pembelajaran terbuka dalam dunia pendidikan yang berasaskan web, epembelajaran dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan. Walau bagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran bergantung kepada unsur pedagogi yang diterapkan kepadanya. Dalam pembangunan projek ini, satu sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bagi melancarkan lagi proses pembangunan, model ASSURE digunakan bagi membantu pembangun dalam merancang dan membangunkan projek web portal. Bahan e-pembelajaran yang dibangunkan ini merangkumi tiga tajuk iaitu ‘Movement of Substance across Plasma Membrane’ ‘Cell Division’ dan ‘Nutrition’.. Untuk setiap topik disajikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti pembelajaran mengikut kurikulum Biologi Tingkatan empat. Nota guru disediakan dalam dua format iaitu HTML dan Power Point manakala nota pelajar disediakan dalam format 'Lesson'. Latihan dalam 'Quizzes' dibina berdasarkan miskonsepsi dan kesalahan lazim. Selain itu, web portal ini juga menyediakan kuiz interaktif dalam 'Hot Potatoes Quiz', ‘Forum’ bagi membincangkan segala masalah pembelajaran dan ‘Chat’ sebagai ruangan perbincangan tugasan berkumpulan. Keistimewaan sistem e-pembelajaran ini di antaranya ialah pelajar dijangka dapat memanafaatkan untuk tujuan pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dengan keupayaannya untuk memberi maklumbalas yang spontan, memperolehi bimbingan daripada guru mahupun rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional. Katakunci : bahan E-Pembelajaran, Sistem Pengurusan Kursus, Movement Of Substances Across The Plasma Membrane, Cell Division And Nutrition

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahan E-Pembelajaran, Sistem Pengurusan Kursus, Movement Of Substances Across The Plasma Membrane, Cell Division And Nutrition
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11649
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Dec 2010 16:57
Last Modified:24 Dec 2010 16:57

Repository Staff Only: item control page