Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Pembelajaran Berbantukan Komputer Berasaskan Web Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Pecahan

Idris, Abdul Razak and Zainudin, Ahmad Sofri (2010) Pembangunan Sistem Pembelajaran Berbantukan Komputer Berasaskan Web Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Pecahan. Pembangunan Sistem Pembelajaran Berbantukan Komputer Berasaskan Web Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Pecahan . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
154Kb

Abstract

Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan satu laman web Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu bagi mempelajari tajuk Pecahan dalam Bahasa Inggeris. Proses pembangunan laman web berunsurkan PBK ini berteraskan Rekabentuk Instruksi Bersistem Model ADDIE. Laman web ini disusun dan dipersembahkan secara teratur supaya pelajar dapat membina konsep dan kemahiran matematik secara aktif dan bermakna. Pelajar dibantu membina konsep abstrak dengan visual yang konkrit. PBK ini juga bersifat mesra pengguna dan interaktif di mana maklum balas akan diberikan dengan serta merta terhadap setiap tindakan pengguna. Pelajar mempunyai kuasa kawalan yang sepenuhnya dan bebas untuk belajar menggunakan PBK yang telah disediakan. Aktiviti seperti tutorial dan latihan, yang disediakan dalam laman web ini diharap dapat membantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka dengan cara yang menyeronokkan. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS, Adobe Audition 1.5, Flash MX 2004 dan sebagainya. Diharapkan laman web ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran pecahan dengan baik. Katakunci: Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11647
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Dec 2010 16:34
Last Modified:24 Dec 2010 16:34

Repository Staff Only: item control page