Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Multimedia Berdasarkan Pembelajaran Aktif Bagi Tutorial Bertajuk Kebarangkalian I Matematik Kbsm Tingkatan 4

Atan, Noor Azean and Chan, Pei Hoon (2010) Pembangunan Perisian Multimedia Berdasarkan Pembelajaran Aktif Bagi Tutorial Bertajuk Kebarangkalian I Matematik Kbsm Tingkatan 4. Pembangunan Perisian Multimedia Berdasarkan Pembelajaran Aktif Bagi Tutorial Bertajuk Kebarangkalian I Matematik Kbsm Tingkatan 4 . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
131kB

Abstract

Reformasi sistem pendidikan di negara kita telah melahirkan Sekolah Bestari yang menekankan pembelajaran elektronik. Selaras dengan hasrat tersebut, sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Kebarangkalian I, topik dalam Matematik KBSM Tingkatan 4 telah dibangunkan. Kajian ini telah merangkumi semua subtopik dalam bab Kebarangkalian I, iaitu Ruang Sampel, Peristiwa, dan Kebarangkalian Suatu Peristiwa. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa penghantar dalam perisian ini dan ia dibina khusus untuk pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Matematik. Walaupun wujud pelbagai jenis pakej perisian pendidikan di pasaran, pendekatan pengajaran yang digunakan didapati kurang bersesuaian. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk membangunkan perisian yang berbentuk tutorial berdasarkan pendekatan pembelajaran aktif untuk mengatasi masalah ini. Gabungan teks, grafik, audio dan animasi dapat memberikan satu corak pembentangan maklumat yang menarik bagi mengekalkan tumpuan dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran. Interaktiviti turut diterapkan dalam perisian PBK ini agar pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Perisian PBK ini telah dibangunkan berdasarkan model rekabentuk instruksi Hannafin and Peck dengan gabungan beberapa perisian seperti Macromedia Authorware 7.01, Adobe Photoshop CS 2, Macromedia Flash MX 2004 dan Sony Sound Forge 7.0. Perisian ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan pengguna menggunakannya. Penghasilan perisian ini diharapkan dapat menggalakkan para pelajar menjalankan pembelajaran kendiri di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. Katakunci: Sekolah Bestari, pembelajaran elektronik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sekolah Bestari, pembelajaran elektronik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11646
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Dec 2010 16:20
Last Modified:24 Dec 2010 16:20

Repository Staff Only: item control page