Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Pembelajaran Matapelajaran Matematik KBSM Bertajuk Pecahan Bagi Tingkatan Satu

Zaid, Norasykin and Awab, Elina (2010) Pembangunan Laman Web Pembelajaran Matapelajaran Matematik KBSM Bertajuk Pecahan Bagi Tingkatan Satu. Pembangunan Laman Web Pembelajaran Matapelajaran Matematik KBSM Bertajuk Pecahan Bagi Tingkatan Satu . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
213kB

Abstract

Dalam mempertingkat dan memperkasakan mutu pendidikan negara, kepelbagaian ilham dan alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran telah diwujudkan. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina laman web pembelajaran bagi tajuk Pecahan dalam matapelajaran matematik tingkatan satu. Bahasa Inggeris telah dipilih sebagai bahasa pengantar adalah bagi memacu hasrat dan matlamat kerajaan dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi terutamanya dalam subjek sains dan matematik. Laman web ini dibangunkan berpandukan model Hanaffin & Peck dan juga menerapkan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran seperti teori konstruktivisme dan behaviorisme. Elemen penting yang tidak dilupakan ialah persekitaran laman web yang harmoni, mesra pengguna dan lebih menumpu kepada keperluan interaktif pengguna. Laman web ini dibina sepenuhnya menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8.0 dengan menggunakan sokongan perisian lain seperti Macromedia Flash 8.0, Adobe Photoshop 7.0 dan Adobe Image Ready 7.0. Diharap dengan kewujudan laman web ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari subjek pecahan dengan mudah disamping memberi pendedahan kepada teknologi maklumat terkini. Katakunci: laman web

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11645
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Dec 2010 16:08
Last Modified:24 Dec 2010 16:08

Repository Staff Only: item control page