Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Mas, Kelantan

Abd. Rahman, Mohd. Anuar and Ilyas, Rosli (2010) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Mas, Kelantan. Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Mas, Kelantan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img] PDF
75kB

Abstract

Kajian diskriptif yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Seramai 60 orang guru KHB di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Pasir Mas, Kelantan telah dijadikan responden kajian. Soal selidik sebagai alat kajian dan dibina berdasarkan dokumen pentaksiran kerja kursus KHB daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil analisis daripada kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi (Alpha cronbach 0.89). Data yang diperolehi dianalisa bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan ujian t. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pentaksiran kerja kursus KHB dikalangan guru-guru KHB adalah tinggi manakala tahap kemahiran, sikap dan bentuk masalah menunjukkan tahap sederhana. Hipotesis kajian menunjukkan tiada perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru KHB lelaki dengan guru KHB perempuan. Secara keseluruhannya, guruguru KHB dapat memahami dan melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB dengan baik. Akhir sekali beberapa cadangan telah dikemukakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pentaksiran kerja kursus, Kemahiran Hidup Bersepadu
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11633
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Dec 2010 02:20
Last Modified:26 Dec 2013 07:51

Repository Staff Only: item control page