Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Radzi, Rusli (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

Kerjaya di bidang hospitaliti pada masa kini berkembang dengan pesat selaras dengan matlamat menjulang nama dan imej Malaysia sebagai sebuah Negara berasaskan industri pelancongan. Kursus hospitaliti di IKBN, Peretak telah melatih tenaga kerja yang memiliki kemahiran layanan, sajian dan perkhidmatan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak. Faktor-faktor yang diutarakan dari segi pengaruh minat, peranan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kelayakan akademik pelajar. Kajian ini melibatkan 125 pelajar yang sedang mengikuti kursus hospitaliti di IKBN, Peretak pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Data mentah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada semua responden setelah kajian rintis dijalankan terlebih dahulu. Seterusnya data-data ini dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statiscal Package for Sosial Science). Nilai indeks kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.8909. Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan responden memberi reaksi yang positif terhadap aspekaspek yang telah dikaji. Faktor minat merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi pelajar memilih kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya mereka. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan di masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, kursus hospitaliti, pembentukan awal kerjaya
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11629
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Dec 2010 02:10
Last Modified:01 Mar 2017 01:47

Repository Staff Only: item control page