Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Pembelajaran Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Kimia Khususnya Tajuk Elektrokimia

Bakar, Md. Nor and Tay, Chien Wei (2010) Masalah Pembelajaran Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Kimia Khususnya Tajuk Elektrokimia. Masalah Pembelajaran Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Kimia Khususnya Tajuk Elektrokimia . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
115Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat dalam mempelajari matapelajaran kimia khususnya dalam tajuk elektrokimia serta faktor –faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Seramai 150 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru telah dipilih secara rawak untuk dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik yang merangkumi konsep dalam elektrolisis, pengenalpastian ion, penulisan persamaan dan tindakbalas yang berlaku semasa proses elektrolisis. Untuk mendapat maklumat tambahan yang lebih terperinci, temubual yang melibatkan 15 orang pelajar turut dijalankan.Dapatan kajian jelas menunjukkan pelajar tingkatan empat telah menghadapi masalah yang agak rumit semasa mempelajari tajuk elektrokimia. Antara masalah yang dihadapi ialah pemahaman konsep asas yang lemah, penulisan persamaan yang seimbang dan menghuraikan proses elektrolisis.Adalah dicadangkan agar para guru dapat merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan berasaskan teori konstuktivisme untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran topik elektrokimia. Para pelajar juga harus lebih bertanggungjawab kepada pembelajaran dan harus memiliki sikap yang dinamik dalam menangani masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mempelajari topic elektrokimia dan berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Katakunci: masalah pembelajaran pelajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah pembelajaran pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11624
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Dec 2010 07:48
Last Modified:08 Jan 2014 04:20

Repository Staff Only: item control page