Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara pelajar yang mendapat pendedahan formal dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan formal di dalam bidang keusahawanan di Universiti Teknologi Malaysia

Sulaiman, Hanim and Mohd. Osman, Mohd. Hassan and Mohd. Raffi, Mohd. Lutfi (2010) Perbandingan ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara pelajar yang mendapat pendedahan formal dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan formal di dalam bidang keusahawanan di Universiti Teknologi Malaysia. Perbandingan Ciri-Ciri Kompetensi Keusahawanan Di Antara Pelajar Yang Mendapat Pendedahan Formal Dengan Pelajar Yang Tidak Mendapat Pendedahan Formal Di Dalam Bidang Keusahawanan Di Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
51kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbandingan ciri-ciri kompetensi keusahawanan di antara pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan yang telah diberi pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan pelajar tahun akhir Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang tidak diberi pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan untuk kajian yang berbentuk deskriptif ini adalah instrumen kompetensi keusahawanan Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985). Terdapat 13 ciri kompetensi keusahawanan menurut kajian Mc Clelland (1985) iaitu ciri kompetensi keusahawanan inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, kecekalan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain dan ciri kompetensi keusahawanan mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh. Hasil daripada analisis data, didapati tahap ciri-ciri kompetensi keusahawanan bagi pelajar yang telah diberi pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak diberi pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, tahap ciri-ciri kompetensi keusahawanan di dalam diri seseorang itu akan meningkat setelah mendapat pendedahan di dalam bidang keusahawanan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ciri-ciri kompetensi, keusahawanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11619
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Dec 2010 07:34
Last Modified:08 Dec 2011 09:18

Repository Staff Only: item control page