Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Guru Program Pengijazahan Perguruan (PKPG) UTM Terhadap Mengajar Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Ahmad Zanzali , Noor Azlan and Hamid, Mohd Nazri (2010) Kesediaan Guru Program Pengijazahan Perguruan (PKPG) UTM Terhadap Mengajar Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Kesediaan Guru Program Pengijazahan Perguruan (PKPG) UTM Terhadap Mengajar Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai persepsi guru Program Khas Pengijazahan Guru (PKPG) terhadap tahap kesediaan mereka untuk mengajar mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Tahap kesediaan dalam kajian berbentuk deskriptif ini difokuskan kepada tiga aspek utama iaitu minat, keyakinan dan kemampuan guru untuk mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Seramai 74 orang guru yang mengikuti jurusan Pendidikan Sains dan Matematik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dipilih secara rawak sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada bahagian A mengandungi maklumat berkenaan latar belakang responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Maklumbalas yang diterima diukur menggunakan skala lima mata Likert yang seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Pakage for Social science (SPSS) versi 12.0. Hasil kajian mendapati bahawa kesediaan responden untuk mengajar Sains dan Matematik pada keseluruhannya berada di tahap yang baik. Majoriti responden mempunyai minat dan berkemampuan untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun responden mempunyai tahap keyakinan yang sederhana. Latihan atau kursus-kursus tertentu diperlukan bagi meningkatkan lagi tahap keyakinan dan penguasan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya dalam kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesediaan guru, Program Pengijazahan Perguruan (PKPG), matapelajaran Sains dan Matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11611
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Dec 2010 02:13
Last Modified:23 Dec 2010 02:13

Repository Staff Only: item control page