Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kerusi Roda Dan Kelajuan Menggerakkan Kerusi Ke Atas Pelbagai Kecerunan Laluan Khas

Harun, Hafizah and Ngerong , Uming and Ibrahim, Halijah (2010) Kerusi Roda Dan Kelajuan Menggerakkan Kerusi Ke Atas Pelbagai Kecerunan Laluan Khas. Kerusi Roda Dan Kelajuan Menggerakkan Kerusi Ke Atas Pelbagai Kecerunan Laluan Khas . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
125kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda (menggunakan ujian bench press dan push up) dan kelajuan menggerakkan kerusi roda pada tiga laluan khas utama di UTM. Laluan ini tertumpu kepada laluan khas kerusi roda di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Student Utility Building (SUB). Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian penggunaan laluan khas untuk kerusi roda yang menjadi tumpuan utama orang kurang upaya (OKU) dan pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini telah dilakukan menggunakan kaedah eksperimental. Seramai 4 orang iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan (N=4) dipilih sebagai subjek kajian ini. Data-data mentah telah dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 14.0. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali korelasi di antara kekuatan bahagian atas badan (ujian bench press) dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di PSZ adalah positif tinggi (r = .970). Maka hubungan antara kedua-dua pembolehubah adalah signifikan (r = .970, p = .030, p< 0.05). Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kekuatan bahagian atas badan menggunakan ujiian bench press dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di laluan khas SUB1 (r = .828, p = .172) dan SUB2 (r = .865, p = .135). Ini menunjukkan bahawa tahap kesukaran yang berbeza di antara laluan khas yang dikaji. Dapatan daripada data pengujian turut mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kekuatan bahagian atas badan menggunakan ujiian push up dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di ketiga-tiga laluan yang dikaji (PSZ, SUB1 dan SUB2). Dapatan ini berkemungkinan dipengaruhi oleh prosedur ujian kekuatan push up yang berbeza di antara subjek lelaki dan perempuan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kerusi roda, kelakuan menggerakkan kerusi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11610
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Dec 2010 02:11
Last Modified:23 Dec 2010 02:11

Repository Staff Only: item control page