Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Institut Kemahiran Mara Johor Bahru Memilih Latihan Vokasional

Mukhari , Abd. Wahid and Mohd Zulkifli, Rafeizah (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Institut Kemahiran Mara Johor Bahru Memilih Latihan Vokasional. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Institut Kemahiran Mara Johor Bahru Memilih Latihan Vokasional . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
124Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber maklumat pelajar tentang latihan vokasional dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Institut Kemahiran Mara Johor Bahru menceburi bidang vokasional. Kajian ini melibatkan kajian secara distriktif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 100 orang responden digunakan sebagai sampel kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS 15.0. Kajian rintis yang telah dijalankan memperolehi darjah kebolehpercayaan sebanyak 0.865. Analisis data dilakukan secara frekuensi, peratus dan min. Data yang diperolehi menunjukan bahawa rakan merupakan sumber maklumat utama pelajar berkaitan latihan vokasional.Manakala faktor utama yang mempengaruhi pelajar memceburi bidang vokasional adalah faktor kerjaya yang disediakan didalam bidang tersebut. Daripada kajian yang dijalankan juga didapati responden mempunyai persepsi yang positif terhadap Institut Kemahiran mara ketika memilih latihan vokasional di Institusi tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, latihan vokasional
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11608
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Dec 2010 02:08
Last Modified:23 Dec 2010 02:08

Repository Staff Only: item control page