Boon , Yusof and Saari, Saipulbahri (2010) Aplikasi Kerja Amali Elemen Ekonomi Rumah Tangga Dalam Kehidupan Seharian Dikalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan. Aplikasi Kerja Amali Elemen Ekonomi Rumah Tangga Dalam Kehidupan Seharian Dikalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
78kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah pelajar-pelajar lelaki SMK Tanah Merah 1 dan SMK Ipoh, Tanah Merah Kelantan mengaplikasikan elemen ERT dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian berbentuk diskriptif dijalankan ke atas 80 orang pelajar sekolah terbabit. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumbalas. Analisis data diproses menggunakan perisian Statiscal Package for The Social Sciences versi 14.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendapat pelajar, dorongan ibu bapa, minat dan amalan langkah-langkah keselamatan tentang pengaplikasian elemen ERT dalam kehidupan harian di kalangan pelajar lelaki. Hasil kajian juga mendapati pelajar berpendapat mereka memperoleh ilmu pengetahuan apabila mengaplikasikan elemen ERT di rumah. Ibu bapa juga merupakan pendorong mereka dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit, memasak dan mengemas rumah. Pelajar juga berminat untuk mengaplikasikan elemen ERT pada tahap yang sederhana. Pelajar mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mereka mengaplikasikan elemen ERT di rumah. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pelajar perlu diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan seperti pertandingan memasak, menjahit, mengemas, dan lain-lain untuk meningkatkan minat serta menggalakkan pelajar lelaki mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi, guru perlu melaksanakan satu proses pengajaran pembelajaran yang lebih menarik supaya dapat menarik minat pelajar untuk mengaplikasikan elemen ERT dan ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak lelaki mereka untuk mengaplikasikan elemen ERT di rumah.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | aplikasi kerja amali, elemen ekinomi rumah tangga, kehidupan seharian |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11607 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 23 Dec 2010 02:05 |
Last Modified: | 23 Dec 2010 02:05 |
Repository Staff Only: item control page