Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Ungkapan Algebra

Ali , Marlina and Abu Bakar, Nurulhuda (2010) Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Ungkapan Algebra. Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Ungkapan Algebra . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
117kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk di kalangan pelajar tingkatan empat Sek. Men. Keb. Kolam Air, Batu Pahat, Johor Darul Takzim dalam tajuk Ungkapan Algebra. Seramai 145 orang pelajar yang terdiri daripada 62 orang pelajar lelaki dan 83 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Dalam konteks kajian ini, terdapat lima subtopik yang diuji iaitu memudahkan ungkapan algebra, mentaksir ungkapan algebra dengan menukar ganti abjad kepada nombor, pendaraban dan pembahagian ungkapan algebra dengan nombor, penambahan dan penolakan dua ungkapan algebra dan permudahkan ungkapan algebra. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah ? = .842. Stastistik deskriptif seperti min dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t dan korelasi pearsonr telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman keseluruhan pelajar dalam tajuk Ungkapan Algebra adalah pada tahap sederhana. Di samping itu, keputusan menunjukkan tahap kefahaman dalam tajuk Ungkapan Algebra pelajar tingkatan empat merentas jantina adalah tidak bererti pada aras .05. Seterusnya keputusan kajian ini menunjukkan terdapat pertalian positif yang rendah di antara tahap kefahaman dalam tajuk Ungkapan Algebra dengan minat pelajar dalam matematik pada aras .01.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kefahaman, pelajar, ungkapan Algebra
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11599
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Dec 2010 09:35
Last Modified:22 Dec 2010 09:35

Repository Staff Only: item control page