Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Di Kalangan Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia

Arshad , Mohammad Yusof and Zakaria, Nurul Haini (2010) Persepsi Di Kalangan Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia. Persepsi Di Kalangan Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
70kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi terhadap penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Terdapat tiga aspek kajian telah dikemukakan oleh penyelidik iaitu persepsi responden terhadap minat dan motivasi, pengajaran pensyarah dan persekitaran yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris. Responden kajian melibatkan sejumlah 157 orang yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan tahun dua yang berlainan kursus di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data berkaitan dengan kajian ini. Data dianalisis dengan mengira bilangan frekuensi, nilai min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.5 For Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memiliki tahap yang sederhana dari aspek minat dan motivasi, pengajaran pensyarah dan juga persekitaran terhadap penggunaan bahasa Inggeris. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan dari segi aspek minat dan motivasi, pengajaran pensyarah dan juga persekitaran bagi responden lelaki dan perempuan berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan. Perbincangan berkaitan dengan hasil dapatan data dan cadangan dikemukakan pada bahagian akhir perbincangan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, penggunaan Bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11598
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Dec 2010 09:34
Last Modified:22 Dec 2010 09:34

Repository Staff Only: item control page