Mohd. Zaid , Norasykin and Abdul Wahab, Nurul Huda (2010) Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
106kB |
Abstract
Kemahiran generik merupakan kemahiran tambahan yang perlu diberi perhatian di dalam usaha melahirkan modal insan yang mampan dan berkualiti tinggi sejajar dengan misi teras kedua di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 66 orang responden yang mengikuti program 4 SPK, 4 SPP dan 4 SPT di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik di mana setiap item yang dikemukakan diukur menggunakan Skala Likert Lima Mata. Kesahan instrumen disemak oleh pensyarah yang berpengalaman. Kajian rintis yang dilakukan untuk melihat nilai kebolehpercayaan instrumen kajian memberikan nilai alpha cronbach, ?=0.856. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0 (Statistical Package For Social Science Version 11.0) untuk dipersembahkan di dalam bentuk jadual berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerapan kemahiran generik dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik berada pada tahap tinggi dengan min 3.97 dan min 4.43. Justeru itu, penerapan kemahiran generik perlu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh oleh semua pihak memandangkan kemahiran generik mempunyai kepentingannya yang tersendiri terutamanya dalam usaha membentuk keterampilan dan jati diri pelajar untuk bersaing di dalam dunia pekerjaan yang kompetitif.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penerapan kemahiran generik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11596 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 22 Dec 2010 09:31 |
Last Modified: | 22 Dec 2010 09:31 |
Repository Staff Only: item control page