Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi

Mohd Tahir , Lokman and Othman, Osmayati (2010) Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
56Kb

Abstract

Kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber manusia berkemahiran tinggi di Malaysia. Masalah untuk menentukan keperluan aktiviti kokurikulum (beruniform) di sekolah yang telah lama wujud dan dikenali sebagai aktiviti luar bilik darjah di negara kita. Secara umumnya kajian ini adalah untuk mengetahui keperluan aktiviti kokurikulum (beruniform) pelajar di sekolah menengah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 301 orang pelajar tingkatan empat di sekolah menengah kebangsaan di daerah Langkawi. Kajian ini dijalankan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian kemudiannya di analisis melalui komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social For Window Version 13.0 (SPSS 13.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek kepimpinan berada pada tahap tinggi di mana ia merupakan aspek penting yang mempengaruhi seseorang pelajar dalam pemilihan menyertai aktiviti kokurikulum. Aspek memupuk nilai intergrasi kaum pula berada pada tahap sederhana. Aspek disiplin berada pada tahap rendah dan ini menunjukkan aktiviti kokurikulum merupakan satu keperluan bagi pelajar di sekolah. Kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan dengan mewujudkan program baru dalam aktiviti kokurikulum yang boleh membantu mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keperluan aktiviti kokurikulum (Beruniform)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11595
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Dec 2010 09:29
Last Modified:22 Dec 2010 09:29

Repository Staff Only: item control page