Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE Dan SPJ

Boon , Yusof and Azizi, Nurul Ezzati (2010) Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE Dan SPJ. Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar SPA, SPE Dan SPJ . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
61kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti, dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar. Sebanyak 158 pelajar daripada Fakulti Pendidikan yang mengambil kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 pelajar untuk menguji kebolehpercayaan instrument yang digunakan. Instrumen yang digunakan untuk menguji dimensi personaliti pelajar dalam kajian ini adalah Inventori Personaliti Junior Eysenck (JEPI) dalam versi Bahasa Melayu yang mempunyai kebolehpercayaan 0.532. Untuk mengukur konsep kendiri pelajar dalam kajian ini Skala Konsep Kendiri Tennessee yang mempunyai kebolehpercayaan 0.834 telah digunakan. Instrumen yang mengukur tahap persekitaran keluarga mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.880. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Statistik deskriptif dan korelasi Pearson digunakan dalam menganalisa hubungan di antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik. Analisis dijalankan pada aras signifikan 0.05. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik, dimensi personaliti dengan pencapaian akademik dan persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hubungan, konsep kendiri, dimensi personaliti, persekitaran keluarga, pencapaian akademik pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11594
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Dec 2010 09:28
Last Modified:22 Dec 2010 09:28

Repository Staff Only: item control page