Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan

Hassan, Johari and Md Yasin, Zaliza (2010) Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
33Kb

Abstract

Pendidikan masa kini mengalami perubahan yang mendadak dan berubah ke arah pembentukan masyarakat bermaklumat selaras dengan visi negara untuk menjadi tunggak dalam perkembangan teknologi maklumat. Sehubungan itu, guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan visi tesebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan komputer di kalangan guruguru, mengenal pasti sejauh mana guru menggunakan kemudahan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mengenal pasti masalah penggunaan komputer. Sampel kajian terdiri daripada 98 orang guru yang dipilih secara rawak dari empat buah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Data diperolehi melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical Package For Social Sciences ) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer responden masih rendah berpunca daripada kekurangan kemudahan komputer dan pengetahuan tentang komputer. Kajian juga mendapati bahawa kekangan utama penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah komputer sekolah sering diserang virus, bilangan komputer adalah tidak mencukupi di sekolah, komputer dan mesin cetak di sekolah selalu rosak, sekolah kurang menganjurkan kursus dalaman berkaitan computer dan tiadanya kemudahan LCD di dalam kelas. Oleh itu dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia lebih proaktif dalam membekalkan komputer di sekolah dan mendedahkan guru yang sedang berkhidmat dengan latihan berasaskan komputer untuk menangani cabaran era siber pendidikan di Sekolah Bestari nanti. Katakunci: perkembangan teknologi maklumat, computer

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perkembangan teknologi maklumat, computer
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11567
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 13:49
Last Modified:21 Dec 2010 13:49

Repository Staff Only: item control page