Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Pengaturcaraan C++ (Fungsi Dan Tatasusunan) Menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Senario

Mohd Zaid, Norasykin and Sharir, Siti Syazwani (2010) Pembangunan Laman Web Pengaturcaraan C++ (Fungsi Dan Tatasusunan) Menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Senario. Pembangunan Laman Web Pengaturcaraan C++ (Fungsi Dan Tatasusunan) Menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Senario . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
35Kb

Abstract

Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman web pembelajaran pengaturcaraan C++ bagi tajuk fungsi dan tatasusunan berasaskan pendekatan pembelajaran berasaskan senario (PBS). Bahasa penyampaian laman web ini adalah Bahasa Inggeris. Laman web ini dibangunkan dengan mengambil kira aspek pembelajaran pengaturcaraan berasaskan PBS, pembelajaran berasaskan web, isuisu rekabentuk laman web dan pemilihan elemen multimedia yang sesuai. Sebagai garis panduan pembinaan laman web ini, model pembangunan Hannafin dan Peck telah digunakan. Perisian pengarangan iaitu Adobe Dreamweaver CS3 dan perisian tambahan lain seperti Adobe Flash CS3 dan Adobe Photoshop CS3 telah digunakan bagi menghasilkan laman web ini. Diharapkan, laman web ini dapat membantu pelajar dalam pembelajaran topik fungsi dan tatasusunan bahasa pengaturcaraan C++. Katakunci: laman web, pembelajaran pengaturcaraan C++, fungsi dan tatasusunan berasaskan pendekatan pembelajaran berasaskan senario (PBS)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, pembelajaran pengaturcaraan C++, fungsi dan tatasusunan berasaskan pendekatan pembelajaran berasaskan senario (PBS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11566
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 13:43
Last Modified:21 Dec 2010 13:43

Repository Staff Only: item control page