Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains

Noordin , Shaharom and Mohamad Poat, Nurazam (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains. Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
126kB

Abstract

Kefahaman pelajar terhadap kemahiran saintifik telah mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Tahap kefahaman kemahiran proses sains iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains di Universiti Teknologi Malaysia telah dijalankan. Seramai 52 orang peserta kajian daripada Program Pendidikan Sains-Perdana dan Program Pendidikan Sains-Program Khas Pensiswazahan Guru terlibat dalam kajian ini. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu merentas jantina dan program pengajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan Mengeksperimen dengan nilai kebolehpercayaan iaitu ά=.82. Terdapat 40 item dalam alat kajian ini yang berbentuk objektif. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim dan markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam tatacara menganalisis data kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen merentas jantina iaitu pelajar lelaki berada pada tahap kefahaman cemerlang dan tahap kefahaman pelajar perempuan adalah baik. Manakala merentas program pengajian pula Program Pendidikan Sains-Program Khas Pensiswazahan Guru berada pada tahap kefahaman cemerlang dan Program Pendidikan Sains-Perdana berada pada tahap kefahaman baik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penerapan kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen terhadap pelajar masih kurang mencukupi dan ini seterusnya boleh mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman pelajar Program Pendidikan Sains.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran mereka bentuk eksperimen, mengeksperimen
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11562
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 07:16
Last Modified:07 Jun 2017 03:51

Repository Staff Only: item control page