Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Perkhidmatan Makanan Di Kafetaria Kampus UTM, Skudai

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Mohd. Arif, Nurulaini (2010) Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Perkhidmatan Makanan Di Kafetaria Kampus UTM, Skudai. Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Perkhidmatan Makanan Di Kafetaria Kampus UTM, Skudai. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap perkhidmatan makanan di kampus. Aspek yang dikaji adalah dari segi kebersihan kafetaria, harga makanan, kebersihan makanan dan kepelbagaian menu. Seramai 377 orang pelajar UTM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data diperolehi dengan mengedarkan satu set soalselidik kepada responden. Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek kebersihan kafetaria, harga makanan, kebersihan makanan dan kepelbagaian menu adalah sederhana. Kajian mendapati bahawa responden lebih gemar memilih kafetaria SUB sebagai tempat menjamu selera kerana terdapat pelbagai menu yang disediakan oleh pihak kafetaria. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian ini dimasa akan datang turut dicadangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, perkhidmatan makanan, kafeteria
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11561
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 07:14
Last Modified:01 Mar 2017 01:40

Repository Staff Only: item control page