Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Pembelajaran Mengenai Topik Ikatan Kimia Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Bakar , Mohd Nor and Ayob, Nur Afza (2010) Masalah Pembelajaran Mengenai Topik Ikatan Kimia Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Masalah Pembelajaran Mengenai Topik Ikatan Kimia Dalam Konteks Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
92kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar mengenai konsep ikatan kimia. Aspek-aspek yang dikaji melibatkan aspek asas pembentukan sebatian, pembentukan ikatan ion, pembentukan ikatan kovalen, mensintesis sifat sebatian ion dan sebatian kovalen dan salah konsep pelajar terhadap topik ikatan kimia. Seramai 86 orang pelajar aliran sains beberapa sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan dipilih secara rawak dalam kajian ini. Data-data diperolehi dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A (maklumat latar belakang responden) dan Bahagian B (10 soalan subjektif). Kesemua data dianalisis secara deskriptif dengan mengira kekerapan, peratusan dan min. Di samping itu, analisis buku teks terhadap topik ikatan kimia turut dijalankan. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa masalah pembelajaran dan salah konsep pelajar mengenai topik ikatan kimia iaitu pelajar mempunyai kerangka alternatif dalam menyatakan jenis ikatan kimia, tidak dapat menulis persamaan ion dengan lengkap, tidak menguasai teknik melukis gambarajah susunan elektron bagi sebatian ion dan sebatian kovalen, tidak dapat menulis susunan konfigurasi elektron dengan betul dan keliru dalam membezakan sebatian ion dan sebatian kovalen. Beberapa cadangan penyelidikan lanjutan juga dikemukakan bagi mengatasi masalah pembelajaran mengenai topik ikatan kimia seperti melibatkan sampel yang lebih besar, melibatkan guru sabagai sampel kajian dan melakukan pemerhatian di dalam bilik darjah bagi memantapkan hasil kajian. Implikasi kajian ini adalah seperti guru perlu memperbanyakkan aktiviti latih tubi berkaitan konsep-konsep dalam aspek yang sukar dikuasai oleh pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah pembelajaran, topic ikatan kimia, konteks penyelesaian masalah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11556
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 05:53
Last Modified:21 Dec 2010 05:53

Repository Staff Only: item control page