Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Hamdan , Abdul Rahim and Mohd Said, Nurul Aidayanti (2010) Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
114kB

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Kajian ini melibatkan 86 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat bagi sesi 2007 bagi aliran Kejuruteraan Awam. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada serta perbezaan aspek-aspek ini dari segi jantina. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.906. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar berada pada tahap sederhana bagi aspek minat, kemahiran bahasa Inggeris serta pengetahuan sedia ada pelajar. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan tahap minat dan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan. Sebaliknya, penyelidik mendapati terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap tahap pengetahuan sedia ada mereka dalam mempelajari mata pelajaran ini. Hasil kajian memerlukan guru serta pihak kementerian pelajaran merangka suatu kurikulum pendidikan teknikal yang sesuai selaras dengan tahap kemampuan pelajar. Kajian yang berterusan terhadap penyelidikan ini diharap dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti pendidikan negara.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11555
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 05:51
Last Modified:21 Dec 2010 05:51

Repository Staff Only: item control page