Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Keupayaan Memantau Pengetahuan Dengan Pencapaian Dalam Lukisan Kejuruteraan Pelajar Tahun Dua Jabatan Teknikal Dan Kejuruteraan Di UTM

Mohd. Kosnin, Azlina and Zulkeplee, Nurfathin (2010) Hubungan Antara Keupayaan Memantau Pengetahuan Dengan Pencapaian Dalam Lukisan Kejuruteraan Pelajar Tahun Dua Jabatan Teknikal Dan Kejuruteraan Di UTM. Hubungan Antara Keupayaan Memantau Pengetahuan Dengan Pencapaian Dalam Lukisan Kejuruteraan Pelajar Tahun Dua Jabatan Teknikal Dan Kejuruteraan Di UTM . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Abstract

Keupayaan Memantau Pengetahuan (KMP) merupakan salah satu daripada tiga komponen yang terkandung dalam metakognisi. Kajian ini memfokuskan kepada hubungan antara Keupayaan Memantau Pengetahuan dari aspek keupayaan ruang dengan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Seramai 34 orang pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan dipilih untuk menjalani kajian ini. Dua set instrumen iaitu Card Rotation Test (S-1) dan Paper Folding Test (VZ-2) telah digunakan untuk mendapatkan persepsi terhadap keupayaan ruang dan keupayaan ruang sebenar pelajar. Perbandingan di antara skor keduanya digunakan bagi mendapatkan Keupayaan Memantau Pengetahuan. Koefisien kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) untuk persepsi terhadap keupayaan ruang S-1 ialah 0.88 dan VZ-2 pula ialah 0.90. Koefisien kebolehpercayaan bagi ujian keupayaan ruang pula ialah 0.98 (S-1) dan 0.86 (VZ-2). Kaitan antara Keupayaan Memantau Pengetahuan pelajar dengan pencapaian di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah dikaji. Dapatan kajian menunjukkan Keupayaan Memantau Pengetahuan pelajar yang berada di tahap menganggar dengan tepat ialah seramai 31 orang. Pelajar yang menganggar lebih dari keupayaan sebenar (overestimation) dan menganggar kurang dari keupayaan sebenar (underestimation) masing-masing ialah seramai 32 dan 37 orang. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan dalam KMP antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki menganggar kurang dari keupayaan sebenar manakala pelajar perempuan pula menganggar lebih dari keupayaan sebenar Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian Lukisan Kejuruteraan 1 dengan tahap Keupayaan Memantau Pengetahuan. Cadangan-cadangan daripada hasil kajian turut dikemukakan pada akhir laporan ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keupayaan memantau pengetahuan, pencapaian dalam lukisan kejuruteraan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11554
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 05:44
Last Modified:27 Feb 2017 06:19

Repository Staff Only: item control page