Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Mohamed, Mohini and Mokhter, Saiful Azman (2010) Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
79kB

Abstract

Persepsi pelajar Universiti Teknologi Mara terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris mendapat perhatian penyelidik. Dalam konteks kajian ini, terdapat tiga sudut persepsi yang dikaji iaitu tentang tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran ini. Seramai 261 orang pelajar daripada Part 05 Session 2 2007 (Part 01Session 1 2005) di empat buah fakulti dalam bidang sains dan teknologi telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen digunakan merupakan borang soal selidik. Data-data yang diperolehi dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Ia mengandungi 39 item berbentuk soalan tertutup dan dua soalan terbuka. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.901. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, peratus dan penyusunan data telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Analisa inferensi menggunakan perbandingan min Ujian-T dan analisa varian (ANOVA) pada aras signifikan 0.05 untuk pengujian hipotesis. Secara keseluruhannya tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik, Bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11551
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:35
Last Modified:20 Feb 2017 02:55

Repository Staff Only: item control page