Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Al-Dawamy, Aminuddin Ruskam and Sulaiman, Siti Nur Huda (2010) Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak. Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
212kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap kejadian jenayah kanak-kanak di Malaysia. Populasi kajian ini adalah seramai 498 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 150 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 45 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah ? = 0.861. Dapatan kajian mendapati min untuk mengetahui persepsi pelajar tentang kejadian kes-kes penderaan dan penganiayaan yang berlaku terhadap kanak-kanak ialah 4.18. Seterusnya, kepekaan pelajar tentang kejadian kes-kes pembunuhan yang berlaku terhadap kanak-kanak menunjukkan min sebanyak 4.42. Faktor dalaman utama yang mendorong seseorang individu itu melakukan jenayah terhadap kanak-kanak ialah kurangnya didikan agama iaitu mencapai min sebanyak 4.77. Manakala cerita-cerita seks serta penyebaran bahan-bahan lucah pula merupakan faktor luaran utama yang mendorong seseorang itu melakukan jenayah terhadap kanak-kanak iaitu mencapai min sebanyak 4.55. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji antaranya ialah mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu agama serta membanteras penyebaran bahan-bahan yang berunsur seks dan lucah. Katakunci: persepsi pelajar, jenayah kanak-kanak

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: persepsi pelajar, jenayah kanak-kanak
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11550
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:33
Last Modified:20 Dec 2010 09:33

Repository Staff Only: item control page