Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berdasarkan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus (77/2) Di Sekolah-Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor.

Mukhari, Abd. Wahid and Md. Amin, Ruslaili (2010) Kefahaman Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berdasarkan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus (77/2) Di Sekolah-Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Kefahaman Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berdasarkan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus (77/2) Di Sekolah-Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
129Kb

Abstract

Penilaian adalah satu aspek penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, di mana guru adalah orang yang bertanggungjawab mengendalikannya. Penilaian pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat Penilaian Menengah Rendah, 40 % terdiri daripada kerja kursus yang berasaskan kriteria yang telah ditetapkan. Kefahaman guru terhadap kriteria yang dinilai adalah penting kerana ianya akan menentukan lulus gagalnya pelajar dalam mata pelajaran ini. Kajian telah dijalankan di 14 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi, Johor bagi mengenal pasti kefahaman guru-guru terhadap kriteria penilaian projek kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (ERT), di peringkat Penilaian Menengah Rendah. Penyelidikan juga bertujuan mengenal pasti masalah yang guru hadapi dalam menjalankan penilaian projek pelajar. Responden kajian adalah seramai 35 orang guru yang mengajar KHB-ERT. Kaedah soal selidik berbentuk skala Likert dan Binari digunakan bagi mendapatkan maklumat. Keputusan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai kefahaman yang jelas terhadap kriteria yang digunakan dalam penilaian projek pelajar. Namun pada masa yang sama terdapat beberapa masalah seperti kekangan masa, yang guru hadapi dan perlu ditangani dengan bijak untuk memastikan penilaian dilaksanakan dengan adil dan saksama bagi menjamin keesahannya. Katakunci: pengajaran, pembelajaran, Penilaian pencapaian pelajar, Kemahiran Hidup Bersepadu

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengajaran, pembelajaran, Penilaian pencapaian pelajar, Kemahiran Hidup Bersepadu
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11549
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:31
Last Modified:20 Dec 2010 09:31

Repository Staff Only: item control page