Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Sihes, Ahmad Johari and Marjuki @ Ismail, Sopiah (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengakaji faktor latar belakang pelajar, pengajaran pensyarah, sikap pelajar dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, yang menggunakan 150 orang pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan. Sampel yang dipilih adalah secara rawak kelompok. Instrumen yang digunakan ialah dengan soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu maklumat diri dan faktor-faktor yang dikaji. Soal selidik diuji melalui kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS). Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian yang berada di tahap min yang tinggi, ialah faktor pengajaran pensyarah dan faktor sikap. Faktor-faktor yang berada di tahap sederhana ialah faktor rakan sebaya dan faktor latarbelakang. Beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah diberikan agar dapat meningkatkan lagi pencapaian pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris. Katakunci: pembelajaran, bahasa Inggeris

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembelajaran, bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11548
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:29
Last Modified:20 Dec 2010 09:29

Repository Staff Only: item control page