Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Wahab, Norwahidah (2010) Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
105kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 92 orang pelajar tahun tiga dan empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) dan SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (?=0.753) yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A soal selidik digunakan untuk mengetahui latar belakang dan pencapaian akademik pelajar manakala Bahagian B adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam amali kimia. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excell dan SPSS. Analisis yang digunakan adalah kekerapan, peratus, min dan ujian kolerasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar berada di tahap baik (70.3%) tetapi tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan pencapaian akademik pelajar (r=0.197). Beberapa cadangan untuk meningkatkan kemahiran manipulatif serta cadangan untuk kajian lanjutan turut dikemukakan di samping implikasi kajian. Katakunci : penguasaan kemahiran manipulatif, pencapaian akademik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penguasaan kemahiran manipulatif, pencapaian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11545
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:21
Last Modified:20 Dec 2010 09:21

Repository Staff Only: item control page