Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah Dan Membina Hipotesis Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains

Noordin, Shaharom and Adrus, Norliza (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah Dan Membina Hipotesis Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains. Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah Dan Membina Hipotesis Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
111kB

Abstract

Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu aspek penting dalam mempelajari Sains. Kebolehan memahami Kemahiran Proses Sains membantu pelajar menguasai ilmu sains dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, penyelidik memfokuskan kajian untuk mengetahui tahap kefahaman dua Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan bakal guru di Universiti Teknologi Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan. Penyelidik telah melibatkan dua pembolehubah bebas iaitu jantina dan program pengajian. Seramai 50 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Perdana dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Program Khas Pensiswazahan Guru telah terlibat dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan alat kajian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah dan Membina Hipotesis dengan nilai kebolehpercayaan α = .87. Alat kajian ini mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum serta peratus telah digunakan sebagai tatacara menganalisis data. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan memperlihatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis adalah sederhana. Terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis merentas jantina iaitu sederhana bagi pembolehubah lelaki dan baik bagi pembolehubah perempuan. Terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis merentas program pengajian iaitu sederhana bagi pembolehubah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Program Khas Pensiswazahan Guru dan baik bagi pembolehubah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Perdana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kefahaman kedua-dua kemahiran yang dikaji masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, penekanan kepada Kemahiran Proses Sains perlu dititikberatkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai matlamat kurikulum sains untuk melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi serta mampu mengaplikasikan pengetahuan sedia ada.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah, membina hipotesis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11544
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Dec 2010 02:07
Last Modified:06 Jun 2017 07:48

Repository Staff Only: item control page