Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Majalah Matematik: Penilaian Berasaskan Web

Ismail, Zaleha and Ismail, Norulhuda (2010) Pembangunan Majalah Matematik: Penilaian Berasaskan Web. Pembangunan Majalah Matematik: Penilaian Berasaskan Web . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
378kB

Abstract

Penaksiran merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar dan bagi memperbaiki pemahaman pelajar tentang sesuatu topik pelajaran. Projek ini telah menggunakan perisian terbuka (Course Management System) MOODLE Versi 1.9B4 bagi membangunkan bahan penaksiran berasaskan web berbentuk kuiz serta berasaskan model ADDIE. Kuiz ini diselitkan sebagai ruangan dalam majalah web matematik, Dunia Matematik. Sistem MOODLE ini dianggap sesuai kerana rekabentuknya berasaskan Sosial Konstruktivisme yang menggariskan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan pelajar membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Kuiz yang dibangunkan bagi lima keluaran pertama adalah ditumpukan kepada sukatan pelajaran Menengah Rendah bagi tajuk Algebraic Expression (III) dan Linear Equations (II) dan untuk Menengah Atas tajuk Quadratic Expression and Equations dan Probability I. Kuiz yang dibangunkan adalah berbentuk aneka pilihan dengan setiap pilihan jawapan disediakan maklumbalas yang menarik. Pilihan jawapan serta maklumbalas yang diberikan adalah berdasarkan kepada kesilapan lazim serta miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam diri pelajar dan berfungsi untuk membantu pelajar memperbetulkan kesilapan mereka. Ia juga menyediakan rekod penyertaan dan gred pelajar secara automatik. Kuiz ini diberi had masa untuk pelajar menjawabnya. Artikel bagi mengisi ruangan Pelajari Matematik juga telah ditulis menggunakan perisian terbuka Joomla Versi 1.5. Tujuan utama artikel dibangunkan adalah untuk membantu pelajar memantapkan lagi kaedah mempelajari subjek Matematik di sekolah. Kajian di sekolah yang dilakukan oleh pengkaji lain menunjukkan kuiz atas talian ini mampu menjadikan penaksiran sebagai satu aspek pembelajaran yang lebih menarik dan efektif. Guru dan pelbagai pihak terlibat harus memberi perhatian terhadap perkara ini untuk menggalakkan penggunaan komputer dalam penaksiran pelajar. Katakunci : majalah matematik, penilaian berasaskan web

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:majalah matematik, penilaian berasaskan web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11542
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Dec 2010 09:14
Last Modified:20 Dec 2010 09:14

Repository Staff Only: item control page