Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian susut nilai dalam penilaian loji dan jentera

Mohd. Ali, Hishamuddin and Sipan, Ibrahim @ Atan and Leo, Kik Wah (2005) Kajian susut nilai dalam penilaian loji dan jentera. In: First Real Estate Educators and Researchers Malaysia (REER) Seminar, 27-28 September 2005 , UTM City Campus, Kuala Lumpur . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
167Kb

Abstract

Sehingga kini masih lagi tiada sebarang panduan terperinci mengenai kaedah menganggar susut nilai bagi penilaian loji dan jentera mahupun di negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Australia atau tempatan walaupun terdapat pertubuhan rasmi dalam bidang ini seperti Pertubuhan Penilai Aset Antarabangsa (IAVS), Pertubuhan Piawaian Penilaian Antarabangsa (IVSC) dan Piawaian Penilaian Malaysia (MVS). Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor utama yang mempengaruhi susut nilai dalam penilaian loji dan jentera serta untuk membentuk suatu model untuk menghitung susut nilai bagi loji dan jentera berdasarkan faktor yang mempengaruhi susut nilai. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data jualan pasaran dan membandingkan perbezaan data yang dikumpul serta menganalisis data tersebut dengan kaedah analisis frekuensi, analisis korelasi dan juga analisis regresi berganda. Hasil kajian ini menghasilkan suatu pendekatan untuk menghitung susut nilai loji dan jentera beserta pemalar bagi setiap faktor yang mempengaruhi susut nilai. Menurut hasil kajian dari analisis regresi berganda didapati faktor kapasiti mesin, kuasa motor mesin dan juga pengeluar mesin banyak mempengaruhi kadar susut nilai bagi sesebuah mesin. Model yang dibentuk dari analisis regresi berganda itu dicadangkan untuk membuat perubahan tertentu untuk digunakan dalam menghitung susut nilai bagi loji dan jentera yang lain serta untuk memenuhi keperluan semasa.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:penilaian loji dan jentera, loji dan jentera, susut nilai, model susut nilai
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:1154
Deposited By: Dr Suriatini Ismail
Deposited On:28 Feb 2007 04:10
Last Modified:16 Jan 2012 05:49

Repository Staff Only: item control page