Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Rahim, Ramzallina (2010) Tahap Anaerobic Threshold Di Kalangan Atlet Olahraga Lelaki Jarak Dekat, Peringkat Negeri. Tahap Anaerobic Threshold Di Kalangan Atlet Olahraga Lelaki Jarak Dekat, Peringkat Negeri. . pp. 1-5. (Unpublished)
|
PDF
30kB |
Abstract
Anaerobic threshold atau lactate threshold (LT) didefinisikan sebagai metabolisma asidosis dan pertukaran oksigen dalam paru-paru semasa latihan. Menurut Wasserman, Chuang dan Lin (2001),didapati anaerobic threshold berkait rapat dengan penggunaan oksigen secara maksimum (VO2max). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan membuat perbandingan tahap anaerobic threshold dikalangan atlet olahraga lelaki jarak dekat iaitu bagi acara 200 meter dan 400 meter yang akan mewakili sebuah negeri ke SUKMA 2008. Seramai empat orang atlet terlibat sebagai subjek dan julat umur mereka adalah di antara 18 tahun hingga 21 tahun. Protokol Bruce digunakan dalam pengujian untuk mengetahui tahap anaerobic threshold. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar melalui perisian Statistical Package of Social Science(SPSS) versi 11.5. Hasil ujian-t yang dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap anaerobic threshold dikalangan atlet olahraga lelaki bagi acara jarak dekat 200 meter dan 400 meter di mana t=-1.101, p=0.386>0.05. Oleh yang demikian, hipotesis null diterima yang menyatakan tidak terdapat perbezaan pada aras signifikan p>0.05. Kesimpulannya ialah tahap anaerobic threshold akan menyebabkan berlakunya perubahan ke atas fisiologi badan. Sehubungan dengan itu, anaerobic threshold secara tidak langsung dipengaruhi oleh jumlah kerja yang dilakukan seperti kelajuan larian dan jarak larian semasa atlet menjalani latihan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Anaerobic threshold |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11520 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 17 Dec 2010 13:42 |
Last Modified: | 26 Feb 2017 03:49 |
Repository Staff Only: item control page