Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Pendidikan Fizik

Noordin, Shaharom and Md. Amir, Norhanisa (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Pendidikan Fizik. Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Pendidikan Fizik . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
134kB

Abstract

Tahap kefahaman dalam kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah mendapat perhatian ramai para penyelidik. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini adalah untuk menentukan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun empat Universiti Teknologi Malaysia yang sedang mengikuti program pengajian Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik). Terdapat tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina, program pengajian dan pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan. Seramai 44 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program pengajian yang puratanya berumur dalam 23 tahun terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif yang mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .65. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhan, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun empat adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar merentas jantina dan program pengajian iaitu masing-masing berada pada tahap baik. Namun begitu, terdapat perbezaan tahap kefahaman merentasi Purata Nilai Gred Keseluruhan iaitu tahap kefahaman pelajar dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan 2.00 hingga 3.66 adalah baik manakala pelajar dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan kurang daripada 2.00 berada pada tahap lemah. Berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi, usaha-usaha perlu dibuat bagi mempertingkatkan lagi kemahiran pelajar tahun empat terhadap kemahiran manipulatif. Usaha ini adalah sebagai langkah untuk membentuk budaya saintifik dalam kalangan guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kefahaman, kemahiran manipulatif, pelajar tahun empat
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11515
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Dec 2010 04:51
Last Modified:07 Jun 2017 03:55

Repository Staff Only: item control page