Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Panduan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan

Ismail , Sarimah and Yusop, Nor Hayati (2010) Pembinaan Panduan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan. Pembinaan Panduan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
117kB

Abstract

Panduan pengajaran merupakan salah satu bahan pengajaran yang dapat membantu pensyarah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai tiga Panduan Pengajaran yang menggunakan pendekatan penyelesaian masalah iaitu Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah dalam pengajaran Hidangan India, Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah dalam pengajaran Hidangan Bufet dan Aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah dalam pengajaran Hidangan Cina. Penilaian Panduan Pengajaran digunakan untuk membuat penilaian terhadap ketiga-tiga panduan pengajaran ini. Panduan Pengajaran ini dinilai oleh lima belas orang pensyarah dari lima buah institut pengajian tinggi. Elemen-elemen yang dinilai adalah kesesuaian ayat, struktur ayat dan bahasa, format, isi kandungan ilustrasi dan aplikasi pendekatan penyelesaian masalah yang digunakan dalam Panduan Pengajaran tersebut. Instrument kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A yang melibatkan latarbelakang responden bahagian B melibatkan aspek persoalan kajian dan bahagian C pula cadangan dan ulasan responden. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS), Version 11.5 . Data dianalisis menggunakan statistik kekerapan, min, peratusan dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian panduan pengajaran adalah tinggi. Ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dangan panduan pengajaran hidangan bufet dan panduan pengajaran hidangan India dan Cina mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pengalaman mengajar terhadap aplikasi model penyelesaian masalah dan format. Adalah diharapkan Panduan Pengajaran Kendiri yang dihasilkan ini dapat digunakan oleh pensyarah mahupun guru dalam proses amali Operasi Perkhidmatan Makanan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:panduan pengajaran, pendekatan penyelesaian masalah, Operasi Perkhidmatan Makanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11513
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Dec 2010 04:47
Last Modified:17 Dec 2010 04:47

Repository Staff Only: item control page