Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengkaji Nisbah Emas Dalam Pertumbuhan Jasad Manusia Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPN UTM

Kailani , Ismail and Mohamud, Nor Hasmah (2010) Mengkaji Nisbah Emas Dalam Pertumbuhan Jasad Manusia Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPN UTM. Mengkaji Nisbah Emas Dalam Pertumbuhan Jasad Manusia Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPN UTM . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
64kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kewujudan Nisbah Emas pada jasad manusia agar pelajar-pelajar dapat menyedari dan mengagumi kebesaran Tuhan melalui ciptaan-Nya dan seterusnya mengkaji kesesuaian idea ini untuk diselitkan ke dalam P&P Sains. Diharapkan, sesi P&P Sains akan menjadi lebih menarik dan bermakna dimana tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang bakal guru Sains iaitu pelajar tahun akhir kursus SPN di Fakulti Pendidikan,UTM. Instrumen kajian ini terdiri daripada set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada 5 item yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden. Manakala, Bahagian B pula terdiri daripada 15 item yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian SPSS untuk Windows versi 13 untuk mendapatkan frekuensi, peratus, min dan nilai p. Hasil kajian menunjukkan bahawa ramai responden yang mengakui kewujudan Nisbah Emas dan kepentingannya dalam membantu pelajar meminati bidang Sains. Kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan diantara kursus responden terhadap skor persoalan kesesuaian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Nisbah Emas, pertubuhan jasad manusia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11511
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Dec 2010 04:43
Last Modified:17 Dec 2010 04:43

Repository Staff Only: item control page