Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Penggunaan Perisian Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Terhadap Gaya Pengajaran Guru Kejuruteraan Mekanikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu

Mohd Noor , Norani and Jamaludin, Norhanis (2010) Kesan Penggunaan Perisian Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Terhadap Gaya Pengajaran Guru Kejuruteraan Mekanikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu. Kesan Penggunaan Perisian Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Terhadap Gaya Pengajaran Guru Kejuruteraan Mekanikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
127Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia (JPTek, KPM) terhadap gaya pengajaran yang digunakan oleh guru Kejuruteraan Mekanikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu kajian ini dijalankan untuk melihat faktor yang mendorong keberkesanan penggunaan perisian kursus PKM dan faktor penggalak guru menggunakan perisian kursus PKM semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Data diambil dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Seramai 5 orang guru dari SMT Dungun dan 5 guru dari SMT Terengganu dijadikan sebagai sampel. Maklum balas yang diperolehi menerusi borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min, peratusan dan kekerapan dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 15.0 for Windows. Kajian rintis telah dijalankan ke atas guru PKM di SMT Batu Pahat dan SMT Kluang. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang diperolehi adalah ?=0.98. Dapatan kajian menunjukkan aspek pelajar merupakan faktor yang mendorong keberkesanan penggunaan perisian kursus PKM dengan nilai min tertinggi 2.30 (tahap sederhana). Bagi gaya pengajaran pula, gaya wibawa formal dan delegator menjadi pilihan utama guru dengan nilai min masing-masing 2.90 (tahap tinggi) manakala bagi faktor penggalak guru, faktor diri sendiri dan perisian kursus menjadi faktor penggalak utama guru menggunakan perisiaan kursus PKM. Nilai min masing-masing adalah 2.90 (tahap tinggi). Beberapa cadangan dikemukakan untuk bakal guru teknikal dan pihak JPTek, KPM seperti penambahbaikan perisian kursus untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanannya serta gaya pengajaran berbentuk wibawa formal dan delegator patut menjadi pilihan semasa menggunakan perisian kursus PKM dalam proses P&P.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesan, perisian kursus, pengajian Kejuruteraan Mekanikal, gaya pengajaran guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11510
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Dec 2010 04:42
Last Modified:17 Dec 2010 04:42

Repository Staff Only: item control page