Hamdan, Abdul Rahim and Shaharin, Nurul Shahrina (2010) Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
113kB |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam berdasarkan kepada tiga aspek iaitu tahap minat, kemahiranbahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada. Sampel kajian terdiri daripada 74 orang pelajar tingkatanempat sesi 2007 di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Set soal selidik digunakansebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah ? = 0.906. Hasil kajian inidianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 15.0 untukmendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap minat, kemahiran bahasaInggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar berada pada tahap sederhana. Ujian-t pula menunjukkanbahawa tidak terdapat perbezaan antara tahap minat dan kemahiran bahasa Inggeris pelajar di antarapelajar yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Manakala terdapat perbezaan tahap pengetahuansedia ada antara kawasan tempat tinggal. Sekolah, guru, ibu bapa, Kementerian Pelajaran Malaysia danpelajar itu sendiri perlu meningkatkan usaha untuk mencapai tahap yang tinggi dalam pendidikan dinegara kita. Beberapa cadangan dikemukakan sebagai satu garis panduan untuk kajian lanjutandilaksanakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kesediaan pelajar, Pengajian Kejuruteraan Awam |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11496 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 16 Dec 2010 14:46 |
Last Modified: | 07 Feb 2017 03:42 |
Repository Staff Only: item control page