Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor.

Idris , Abdul Razak and Melijat, Norhafizah (2010) Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor. Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah Daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini juga meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah, pandangan guru-guru tentang keberkesanan penggunaan PSS terhadap pencapaian akademik pelajar serta pandangan guru-guru terhadap peranan Guru Perpustakaan dan Media di sekolah menengah. Kajian dijalankan ke atas semua guru-guru sahaja tidak termasuk pihak pentadbir sekolah dan guru media. Dalam kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada semua guru (300 orang) dari lima buah sekolah yang dipilih secara rawak. Nilai alpha yang diperolehi ialah 0.8680. Frekuensi iaitu nilai peratusan telah digunakan dalam penganalisisan data. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan guru-guru menggunakan PSS. Dari aspek corak penggunaan PSS didapati guru-guru menggunakan PSS untuk pelbagai tujuan yang dapat memanfaatkan guru dan pelajar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan PSS dan 81.6% guru-guru berpendapat bahawa penggunaan PSS memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Sebanyak 69.2% guru-guru berpendapat bahawa peranan guru Perpustakaan dan Guru Media turut memberi sumbangan dan meningkatkan potensi penggunaan PSS.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pusat sumber sekolah (PSS), guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11476
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Dec 2010 07:10
Last Modified:16 Dec 2010 07:10

Repository Staff Only: item control page