Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Internet Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor.

Idris , Abdul Razak and Adam, Norazlina (2010) Penggunaan Internet Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor. Penggunaan Internet Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Di Sekitar Johor Bahru, Johor. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73kB

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan Internet dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di sekitar Johor Bahru, Johor. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti, kemahiran dan pengetahuan asas guru terhadap penggunaan Internet, masalah yang dihadapi semasa guru-guru menggunakan Internet bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor yang mendorong guru-guru menggunakan Internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan 132 orang responden di kalangan guru-guru sekolah rendah di empat buah sekolah di daerah Johor Bahru, Johor. Data diperolehi menggunakan set soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas terhadap Internet. Guru-guru juga mempunyai kemahiran asas dan pengetahuan asas masingmasing dengan peratusan 76.66 dan 53.8 peratus terhadap penggunaan Internet. Terdapat beberapa masalah yang mempunyai peratusan yang tinggi (melebihi 60%). Diantara masalah tersebut ialah penggunaan yang lama dan melekakan, kemudahan sekolah adalah terhad, rekabentuk laman web yang mengelirukan dan sumber yang ditemui dalam Bahasa Inggeris. Dikenalpasti terdapat tiga faktor yang mendorong penggunaan Internet menunjukkan peratusan yang tinggi (melebihi 60%), antaranya adalah untuk mendapatkan bahan terkini, minat guru untuk melayari Internet dan sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah kepada guru-guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penggunaan internet, guru sekolah rendah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11475
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Dec 2010 07:08
Last Modified:16 Dec 2010 07:08

Repository Staff Only: item control page