Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Idris , Abdul Razak and Salleh, Nor Asmah (2010) Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
58kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Tiga pendekatan yang difokuskan dalam kajian ini ialah pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Seramai 177 orang guru matematik di jadikan responden dan mereka adalah guru-guru dari beberapa buah sekolah menengah di Johor Bahru yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS 10.0). Dalam kajian, analisis statistik deskriptif (peratus dan min) dan inferensi (ujian korelasi) telah digunakan. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di sekolah menengah lebih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Walaubagaimanapun, guru-guru juga masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Di samping itu, guru-guru juga berhadapan dengan beberapa masalah apabila menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut. Keputusan ujian korelasi Pearson-r yang dijalankan ke atas ketiga-tiga pendekatan pengajaran dengan pengalaman mengajar menunjukkan nilai korelasi,r kurang daripada 0.02. Ini menunjukkan perhubungan antara pengalaman mengajar guru dengan pendekatan pengajaran adalah sangat lemah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pendekatan pengajaran, guru sekolah menengah, pengajaran dan pembelajaran Matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11474
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Dec 2010 07:07
Last Modified:16 Dec 2010 07:07

Repository Staff Only: item control page